Tuesday 27 March 2012

pengorbanan seorang wanita yang hanya sekadar teman

Bidadari nak kongsikan satu cerita dengan semua…mari sama-sama kita hayati kisah yang ingin bidadari lakarkan petang nie…lahir dari lubuk hati seorang wanita….

Suatu petang yang sangat indah berborak dan sedang bersuka ria seorang jejaka (rashdan) bersama teman2nya…merancangkan satu percutian untuk weekend yang bakal menjelang beberapa hari lagi…mereka mencadangkan sesame mereka tempat yang bakal mereka kunjungi…akhirnya satu tempat peranginan menjadi destinasi pilihan mereka…

Mereka merupakan pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi…jejaka yang lebih mudah di kenali sebagai seorang usahawan muda ini amat disenangi oleh kawan2nya…dia merupakan seorang pelajar yang cemerlanag dari segi akademik dan kerjayanya walaupun masih bergelar seorang pelajar…

Ada kalanya susah senang beliau dikongsikan dengan seorang wanita(amira)  yang sememangnya belum halal bagi dirinya…mereka masih belum ada ikatan perhubungan yang sah..hanya sekadar teman yang sangat rapat…berkongsi masalah dan kadang-kadang suka duka mereka…

Wanita ini memberi setiap apa yang dilakukan jejaka tersebut dengan  harapan yang tinggi, semangat dan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan…yang sememangnya tidak sama seperti teman-temanya yang lain walaupun teman2nya sentiasa ada di waktu senang dia…

Di sini kisah bermula….

Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah malam…rashdan dan kawan2nya masih lagi berborak dan bergelak di sebuah kedai makan berhampiran kawasan kampus mereka…malam nie suma makan minum mereka rashdan yang belanja…memang berseronok sakan la mereka malam tersebut..

Selang setengah jam kemudian barulah mereka beransur pulang…
Seperti biasa rashdan akan membuat panggilan kepada teman rapat wanita nya dahulu sebelum melelapkan matanya…

“ hello..mira,awak dah tido  ?...”

“waalaikumsalam…saya dah nak siap nak tido nie…kenapa?mesti awak baru balik lagi kan…dah lewat2 malam baru nak balik kan…?

“ ala awak nie ,ada je benda nak bebel kan…?

“ xda lah,saya sekadar bertanya jer…”dalam hati mira  berkata sesuatu dan memohon agar perangainya berubah dan tidak terlalu membazir…mira dah terlalu kenal dengan perangai rashdan yang tidak boleh ada duit lebih sikit mesti nak berseronok jer…

“xpa lah awak..saya tido dulu yeer…?...”

Mira pun menjawab…” baiklah…selamat malam..jangan lupa bangun solat subuh esok pagi awak…”

“baikla……….”





Rashdan merupakn seorang pelajar yang sentiasa ada saja perniagaan yang ingin di jalankan…sentiasa memerlukan modal untuk melakukan perniagaannya…selain daripada kedua ibu bapanya…mira lah tempat rashdan akan memohon bantuan ketika susah…tetapi mira tidak pernah berkira… dia akan tetap cuba membanty rashdan walau apa cara sekalipun…apa yang penting baginya…rashdan gembira  dan dapat melakukan perniagaan dengan cara yang betul…

Dalam hati kecil gadis ini hanya dirinya sahaja yang tahu bahawa dia sudah mula jatuh hati dengan rashdan…rashdan pernah mengambil berat akan dirinya,pernah menyayanginya dengan caring yang pernah dilalukanya terhadap mira suatu ketika dahulu…

Tetapi semua itu tidak berkekalan tapi mira tetap menaruh hati terhadap rashdan sampai bila2….rashdan juga da rasa sayngnya pada mira…tetapi rashdan ni ada panas baran yang kadang kala  sewenang-wenangnya sahaja akan di lepaskan kat mira bila dia rasa tertekan dan serabut..bila dia rasa serabut…mira la akan jadi mangsa dan tempat lepaskan marahnya…tetapi bila senag dan suka dia lebih senag dengan kawan2nya…


Rashdan menganggap mira seorang yang hanya tahu bagi maslah jerk at diri dia…

Maklumlah…mira nie selau tanya ke mana rashdan pergi,dengan siapa, buat apa…semua itu membuatkan rashdan mula rasa yang mira nie cuba mengongkong hidupnya…padahal realitinya mira Cuma risaukan rashdan jer…xmahu dia susah..jangan lupa diri…sentiasa ingat jangan melakukan perkara tanpa berfikir terlebih dahulu…tapi malangnya rashdan xsuka dengan semua tu…

Seperti biasa bila serabut jer rashdan akan mula keluar dengan kawan2nya…
Hujung minggu sudah mula tiba…tempat peranginan yang rashdan dan teman2nya rancang sudah mulai dalam hampir dalam keseronokan mereka…untuk ke pusat ini pun rashdan masih meminjamkan wangnya daripada mira…tapi mira tak kisah asalkan rashdan happy…

Beberapa minggu kemudian sewaktu bangun dari tidur rashdan mendapati yang  kereta yang di gunakan ya selalu hilang tidak tahu kemana…sedangkan kereta  tersebut dibelinya pun masih menggunakan wang pinjaman dari kawanya…wang tersebut masih belum selesai hutangnya tetapi keretanya sudah hilang…

Rashdan buntu…tidak tahu apa yang patut dilakukanya…dia cuba meminta bantuan daripada teman2nya…ingin memohon agar di berikan sedikit bantuan kewangan untuk menjelaskan hutang tersebut…tetapi malangnya di waktu susah begini semua temannya menolak permintaan rashdan…

Dalam pemikirannya hanya terpikirkan mira jer yang dapat membantunya ketika waktu begini…sedangkan dah beberapa minggu rashdan tidak menghubungi mira….

Tapi  rashdan tanpa memikir panjang terus menghubungi mira…
Malngnya mira tidak menjawap panggilan rashdan…kali nie rashdan cuba menghubungi teman rapat mira…

“ hello intan…aku ni rashdan..boleh aku bercakap dengan mira..aku ada masalah sikit nie…”

“ owhhhh bila kau da maslah baru kau nak cari mira…selama nie baru aku taw yang kau berkawan dengan mira bila susah jer..waktu senag kau lupakan dia kan…”

“ ala kau ni nak bebel pulak…cepatlah bagi aku bercakap dengan mira jap…”

“ mira kat hospital..dia kena demam panas teruk sangat…dah seminggu dia ditahan di wad..
“apa kau merepek ni intan…?”

“ aku pulak merpek…kalau kau tak percaya tak apalah..”

  
Di hospital…..

Dengan keadaan kelam kabut rashdan sampai dan terus ke bilik wad yang mira sedang dirawatkan…
Sekujur tubuh yang sudah hampir kurus kering terlantar di atas katil…rashdan terdengar perbualan doctor dengan mak mira yang mengatakan mira sudah tidak dapat di selamatkan lagi…demamnya sudah melebihi suhu badanya yang terlalu tinggi…mungkin juga sudah tertulis ajalnya sudah tiba…

Selepas mendengar perebualan tersebu…rashdan terus masuk ke bilik tersebut…dan hanya mampu memandang mira tanpa berkata apa2…

Emak mira memandang rashdan dan seraya membuka laci meja sebelah katil mira dan mendapatkan sepucuk surat yang ditulis oleh mira buat rashdan sebelum dia terlantar sakit di hospital…

Tanpa berfikir panjang rashdan terus membuka surat tersebut dan membacanya… 

Buat temanku rashdan yang dikasihi but selamanya..
sudah hampir lima tahun perkenalan kita…banyak suka duka yang kita tempuhi bersama..
 saya rasa sangat bahagia mendapat teman seperti awak..saya sangat sayangkan awak…lebih dari seorang kawan…tapi saya hanya mampu memendam saja rasa hati ini dan hanya tuhan saja yang tahu…
saya tidak pernah menyesal mengenali diri awak..banyak yang saya dapat belajar selepas kenal dengan awak…awak ajar saya erti persahabatan yang xkan pernah dapat dibeli di mana2 walau berjuta pun wang yang kita perolehi…
rashdan…saya dapat rasakan yang umur saya xkan panjang…dan say amungkin akan meninggalkan awak terlebih dahulu..tapi sebelum tu saya nak bagitahu yang awak janganla risau tentang masalah yang akan menimpa awak lepas nie…saya tahu saya dah xdapat nak bantu awak lagi dah lepas nie… jadi seabab tu saya dah pun membuat simpanan untuk awak gunakan lepas nie..
saya sertakan bersama surat saya nie sebuah buku simpanan bank…atas nama awak rashdan..dah hampir lima tahun saa simpankan duit nie..awak gunakan lah sebaik mungkin…sebagai tanda kasih dan sayang saya yang terakhir untuk awak kenangkan…doakan pemergian saya dengan tenang buat selamanya…selamat tinggal sahabatku…rashdan…..

sahabat yang setia menunggumu…

Mira

Rashdan hanya mampu menitiskan air mata…mira yang pernah dikenalinya sejak lima tahun lalu sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya…

Ingtalah sesungguhnya teman yang kita tidak Nampak akan pengorbanannya itulah sebenarnya teman sejati yang akan sentiasa ada di waktu senang dan susah…bidadari harap anda semua hargailah sahabat…walaupun mereka hanya seorang wanita yang tidak Nampak pengorbananya……..

Monday 26 March 2012

perkongsian dari bidadari

capailah bintang yang tinggi hari ini selagi kita di beri kesempatan di usia muda...jika perkara lampau menjadi penghalang untuk meneruskan kejayaan yang sememangnya cerah masa akan datang maka mohonla dari yang maha Esa...walau sebesar mana sekalipun ujian yang di berikan...tabahlah duhai hati manusia untuk menempuhinya..sesungguhnya selemah-lemah hati adalah jika dipupuk sehari-hari dengan zikir dan pohon segala permintaan dengan penuh ketaqwaan akan membuahkan hasil juga di akhirnya....renung-renungkan lah...moga sama-sama kita perolehi cahaya kebahgiaan.......

Thursday 22 March 2012

selamat hari lahir bonda.......

kenangan dengan bonda bidadari

malam nie bidadari tido lewat...ada banyak kerja yang bidadari terpaksa siapkan...esok bidadari dah tak dapat nak jumpa dengan warga istana...ada program jap dekat johor....apa yang penting sekarang bidadari nak ucapkan selamat hari lahir buat bonda yang tercinta....seorang bonda yang amat2 disayangi...banyak sangat salah silap dan kata2 yang terungkap di bibir nie yang masih belum di ampunkan...bonda di kesempatan nie anaknda mu ingin memohon ampun atas suma salah silap anaknda dengan bonda...sayang bonda sangat2......



nie yang buat makin rindu nak balik umah nie...sementara nak tunggu tarikh yang boleh balik...jomla kita tengok gambar jer la erk...family bidadari....



Nie masa di tempat penyu bertelur dengan ayahnda bidadari



Nie adik2 bidadari yang suka sangat buat kecoh kat umah...tapi sunyi bila dorang xda....



Adik second bongsu bidadari...sangat2 rapat....
best kan dapat lepaskan windu walaupun tengok pic jer...tak ape jauh di mata dekat dihati...itu lah family bidadari...

ea...eh...ada lagi rupanya...siapa pulak nie???oh nie pun ahli kuarga jugak kan......macam yang bagi semangat dari adik bradik dan ayahda bonda ....maka insan ini juga memberi kata-kata semangat untuk terus berjaya..semoga dirinya juga mendapat kejayaan dunia akhirat...


urmmmmm......tunggu apa tu agaknya...


macam kembar la pic nie...kembar ker???sipa nie....nie la kakak satu2nya
 bidadari....    okey sampai sini jer dulu sesi kenalan dengan ahli baiti bidadari erkk..
.sekali lagi selamat hari lahir bondaku yang tercinta....untuk malam yang terindah ni
e bidadari nak mohon ampun atas segala silap salah bidadari erk...semoga jumpa lagi..
.doakan bidadari cepat semboh erk...selsema n demam lak.....huhuhu



Wednesday 21 March 2012

sentuhan hati......

Mendengarkan kisah akhlak rasulullah,para sahabat,para tabie dan wali allah para solihin membuatkan hati kecil rasa terlalau hina sangat....beatapa kurangnya ilmu mengenai kisah para ulama zaman terdahulu...ya allah.. jahilnya hambamu ini...pembelajaran hari nie memberi pengajaran kepada diri sendiri dan para penerima ilmu subjek dakwah hari nie...bagai mana nak melakukan amalan yang soleh setiap hari sedangkan kisah dan tauladan nabi pun masih kurang lagi pengetahuannya sehingga umur begini...beristighfar dan renungkan lah kembali duhai hati...besarnya kebesaran dan pedoman yang telah Engkau berikan.....

Tuesday 20 March 2012

Barang bidadari tertinggal lagi la.....urmm

warga istana nak tahu tak?...bidadri tertinggal barang kat tempat yang sama lagi...kali nie barang yang lagi penting lak...urm...doakan esk bidadri terjumpa kembali barang yang bidadari hilang tu erk...
mood tengah sdey n mood sangat sekarang...warga istana datang la senangkan aty bidadari nie...

sebenarnya ada benda y nak bidadari tunjukkan dengan warga istana sekalian taw...tapi tunggu barang bidadari tue jmpa dlu erk...arap bersabar yer...

Sunday 18 March 2012

~selamat hari lahir ayahnda~

hari nie tanggal kelahiran ayahnda bidadari...bestnya kalau dapat sambut besday sama-sama dengan ayah bidadari kat uamah...windunya kat ayah...bidadari rasa nak nangis sangat tingat ayh...


ayah......selamat ulangtahun kelahiran hari nie.. anakmu nie sayang sangat dengan ayah..besar sangat pengorbanan ayah..sabar jer dengan kerenah yang kitorang bagi kat ayah.. .tadi pada jam 9.30 minit malam bidadari dah dapat cakap dengan ayah sekejap jer...adik bradik bidadari dekat umah tengah sibuk nak bagi ayah potong cake...


   sayu jer rasa ati nie dapat dengar suara ayah kat umah...menahan rindu yang teramat sangat...rindu nak kena leter dengan ayah sebab lambat solat...rindu nak kena nasihat dengan ayah...rindu nak salam dan cium tangan ayah...ayah....rindu sangat2 dengan ayah....


masa ari lahir bidadari tahun lepas ayah belikan bidadari cake yang comel sangat n rasa masih segar kat ingatan nie....ape-ape pun hope sangat2 ayah hepi dan sentiasa diberi ketenangan dunia akhirat...amin....




ayah yang bidadari sayang sangat2...senyuman yang sentiasa di ingati sampai bila-bila..



Ada lagi yang bidadari nak luahkan nie...gambar nie mengingatkan kisah yang tyme nie ayah nak sangat masuk underwater tengok ikan2 besar kat dalam nie...ayah tunggu kitorang balik ramai2 tyme cuti sem tuk bawak kitorang g...tp last2 kitorang xnak g...ayah jd sdey sangat...kitorang adk bradik nie rasa bersalah sangat...n last2 kena pujuk aty ayah semula n baru la berdating ngn family nie semula..susa taw nak ubati aty ayah law dia dah terasa...warga istana y baca kisah nie jangan wat mcm nie taw....moral kat cnie jangan sekali2 mengecilkan aty ayah mahupun mak kita walaupun sehalusssssss kuman pun taw...




  
tyme besday mcam nie la taun lepas ayah tingin sangat nak makan mee hoon goreng nie...dan yang paling best bidadari yang serve kan tu yang ber plus2 la sedap kan...apa yang penting ayah suka sangat2...love ayah 4ever...
~LOVE U AYAH~

Friday 16 March 2012

~jumpa lagi dengan bidadari malam nie~

pengubat hati tika mata nie penat sangat dah pandang lappy nie wat keja....



malam nie penat sangat edit background blog coz tak jadi-jadi la...hope sume yang tengok blog bidadari nie hepi n rasa tak serabut erk...


jom dah penat-penat nie bidadari nak bawak warga istana cuci mata ngn korean movie nie nak...?jom...nanti esok kita edit lagi...


nie la main actor cite ni "witch yoo hee"cute sangat...







urmmm...nie lak hero yang bidadari suka sangat tengok...


urmmm....macam mana rasa tertarik tak nak tengok citer nie pas tengok actor2 yang best nie...mesti nak kan...pas dah tengok baru la boleh tido kan...jom... hehe selamat malam buat seseorang yang sangat istimewa tu yer...

Thursday 15 March 2012

~rasa kesunyian sangat tyme nie~

nak g kelas tapi sempat lagi kan nak snap pic jap dengan si comel..



teman bidadri malam2...tapi kadang2 kena campak kat bawah jugak 
kalau dia wat hal..cian kan.




tempat simpan segala benda bidadari pun ada kenangn jugak...maklumlah kenangan kan tema malam ni..






si comel ni yang paling manja..comel kan..?




ok..dah dapat kongsi dengan semua warga istana baru la grasa mengantuk dan mahu melayar bahtera....tata

Tuesday 13 March 2012

tolong bidadari

hati bidadari nak ngs sgt nieeee...barang bidadari tertnggal kat lab blaja grafik petang nie...

Monday 12 March 2012

`nak kongsi rasa hati bidadari saat ni`

                    "  walau keadaan dalam hati ni bergelora n di timpa apa-apa ujian sekali pun hati n snyuman bidadri mesti di ukirkan wat warga istana kan"
                      
                      


penantian  munculnya seorang yang tersayang,,,,




ya allah serabutnya....banyak sgat kerja kne wat tuk minggu ni n mnggu dpan...cuba rakyat jelata byangkan kerja y bidadari xpnah blaja ag sblum ni tetiba dah kena wat...database : dah kna create e-hadir lak..english : dengan role playnya...excercise dalam booknya..search article NEWnya..ditambah pulak ngn nak kna ber BISNESS ngn latihan yang baru terima semalm lg...tp apa kan daya bidadri "teerrrrpaksa" juga tempoh sume nie...naseb bek da blog ni tempat bidadari luahkan rasa ngn sume ahli-ahli istana sekalian kan,,,huhu...wahai warga istana sekalian kalau ada masa dtg la ke mahligai bidadri nie tlg bidadari erkk??

Wednesday 7 March 2012

<Sebagai seorang pelajar,konsep yang sentiasa perlu di amalkan sama jer tak kira stad dalam atau luar negara,untuk berjaya perlukan uasaha yang gigih,bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan,Redha dengan ujian yang mendatang,ingat lah apabila berkata-kata memang senang untuk melafazkannya,tapi bagi melaksanakannya bukan seperti air yang mengalir laju dengan arus yang pantas sahaja...walauapa sekali pun berpegang lah kita sebagai hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada-Nya...Amin InsyaAllah...>