Tuesday 27 March 2012

pengorbanan seorang wanita yang hanya sekadar teman

Bidadari nak kongsikan satu cerita dengan semua…mari sama-sama kita hayati kisah yang ingin bidadari lakarkan petang nie…lahir dari lubuk hati seorang wanita….

Suatu petang yang sangat indah berborak dan sedang bersuka ria seorang jejaka (rashdan) bersama teman2nya…merancangkan satu percutian untuk weekend yang bakal menjelang beberapa hari lagi…mereka mencadangkan sesame mereka tempat yang bakal mereka kunjungi…akhirnya satu tempat peranginan menjadi destinasi pilihan mereka…

Mereka merupakan pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi…jejaka yang lebih mudah di kenali sebagai seorang usahawan muda ini amat disenangi oleh kawan2nya…dia merupakan seorang pelajar yang cemerlanag dari segi akademik dan kerjayanya walaupun masih bergelar seorang pelajar…

Ada kalanya susah senang beliau dikongsikan dengan seorang wanita(amira)  yang sememangnya belum halal bagi dirinya…mereka masih belum ada ikatan perhubungan yang sah..hanya sekadar teman yang sangat rapat…berkongsi masalah dan kadang-kadang suka duka mereka…

Wanita ini memberi setiap apa yang dilakukan jejaka tersebut dengan  harapan yang tinggi, semangat dan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan…yang sememangnya tidak sama seperti teman-temanya yang lain walaupun teman2nya sentiasa ada di waktu senang dia…

Di sini kisah bermula….

Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah malam…rashdan dan kawan2nya masih lagi berborak dan bergelak di sebuah kedai makan berhampiran kawasan kampus mereka…malam nie suma makan minum mereka rashdan yang belanja…memang berseronok sakan la mereka malam tersebut..

Selang setengah jam kemudian barulah mereka beransur pulang…
Seperti biasa rashdan akan membuat panggilan kepada teman rapat wanita nya dahulu sebelum melelapkan matanya…

“ hello..mira,awak dah tido  ?...”

“waalaikumsalam…saya dah nak siap nak tido nie…kenapa?mesti awak baru balik lagi kan…dah lewat2 malam baru nak balik kan…?

“ ala awak nie ,ada je benda nak bebel kan…?

“ xda lah,saya sekadar bertanya jer…”dalam hati mira  berkata sesuatu dan memohon agar perangainya berubah dan tidak terlalu membazir…mira dah terlalu kenal dengan perangai rashdan yang tidak boleh ada duit lebih sikit mesti nak berseronok jer…

“xpa lah awak..saya tido dulu yeer…?...”

Mira pun menjawab…” baiklah…selamat malam..jangan lupa bangun solat subuh esok pagi awak…”

“baikla……….”





Rashdan merupakn seorang pelajar yang sentiasa ada saja perniagaan yang ingin di jalankan…sentiasa memerlukan modal untuk melakukan perniagaannya…selain daripada kedua ibu bapanya…mira lah tempat rashdan akan memohon bantuan ketika susah…tetapi mira tidak pernah berkira… dia akan tetap cuba membanty rashdan walau apa cara sekalipun…apa yang penting baginya…rashdan gembira  dan dapat melakukan perniagaan dengan cara yang betul…

Dalam hati kecil gadis ini hanya dirinya sahaja yang tahu bahawa dia sudah mula jatuh hati dengan rashdan…rashdan pernah mengambil berat akan dirinya,pernah menyayanginya dengan caring yang pernah dilalukanya terhadap mira suatu ketika dahulu…

Tetapi semua itu tidak berkekalan tapi mira tetap menaruh hati terhadap rashdan sampai bila2….rashdan juga da rasa sayngnya pada mira…tetapi rashdan ni ada panas baran yang kadang kala  sewenang-wenangnya sahaja akan di lepaskan kat mira bila dia rasa tertekan dan serabut..bila dia rasa serabut…mira la akan jadi mangsa dan tempat lepaskan marahnya…tetapi bila senag dan suka dia lebih senag dengan kawan2nya…


Rashdan menganggap mira seorang yang hanya tahu bagi maslah jerk at diri dia…

Maklumlah…mira nie selau tanya ke mana rashdan pergi,dengan siapa, buat apa…semua itu membuatkan rashdan mula rasa yang mira nie cuba mengongkong hidupnya…padahal realitinya mira Cuma risaukan rashdan jer…xmahu dia susah..jangan lupa diri…sentiasa ingat jangan melakukan perkara tanpa berfikir terlebih dahulu…tapi malangnya rashdan xsuka dengan semua tu…

Seperti biasa bila serabut jer rashdan akan mula keluar dengan kawan2nya…
Hujung minggu sudah mula tiba…tempat peranginan yang rashdan dan teman2nya rancang sudah mulai dalam hampir dalam keseronokan mereka…untuk ke pusat ini pun rashdan masih meminjamkan wangnya daripada mira…tapi mira tak kisah asalkan rashdan happy…

Beberapa minggu kemudian sewaktu bangun dari tidur rashdan mendapati yang  kereta yang di gunakan ya selalu hilang tidak tahu kemana…sedangkan kereta  tersebut dibelinya pun masih menggunakan wang pinjaman dari kawanya…wang tersebut masih belum selesai hutangnya tetapi keretanya sudah hilang…

Rashdan buntu…tidak tahu apa yang patut dilakukanya…dia cuba meminta bantuan daripada teman2nya…ingin memohon agar di berikan sedikit bantuan kewangan untuk menjelaskan hutang tersebut…tetapi malangnya di waktu susah begini semua temannya menolak permintaan rashdan…

Dalam pemikirannya hanya terpikirkan mira jer yang dapat membantunya ketika waktu begini…sedangkan dah beberapa minggu rashdan tidak menghubungi mira….

Tapi  rashdan tanpa memikir panjang terus menghubungi mira…
Malngnya mira tidak menjawap panggilan rashdan…kali nie rashdan cuba menghubungi teman rapat mira…

“ hello intan…aku ni rashdan..boleh aku bercakap dengan mira..aku ada masalah sikit nie…”

“ owhhhh bila kau da maslah baru kau nak cari mira…selama nie baru aku taw yang kau berkawan dengan mira bila susah jer..waktu senag kau lupakan dia kan…”

“ ala kau ni nak bebel pulak…cepatlah bagi aku bercakap dengan mira jap…”

“ mira kat hospital..dia kena demam panas teruk sangat…dah seminggu dia ditahan di wad..
“apa kau merepek ni intan…?”

“ aku pulak merpek…kalau kau tak percaya tak apalah..”

  
Di hospital…..

Dengan keadaan kelam kabut rashdan sampai dan terus ke bilik wad yang mira sedang dirawatkan…
Sekujur tubuh yang sudah hampir kurus kering terlantar di atas katil…rashdan terdengar perbualan doctor dengan mak mira yang mengatakan mira sudah tidak dapat di selamatkan lagi…demamnya sudah melebihi suhu badanya yang terlalu tinggi…mungkin juga sudah tertulis ajalnya sudah tiba…

Selepas mendengar perebualan tersebu…rashdan terus masuk ke bilik tersebut…dan hanya mampu memandang mira tanpa berkata apa2…

Emak mira memandang rashdan dan seraya membuka laci meja sebelah katil mira dan mendapatkan sepucuk surat yang ditulis oleh mira buat rashdan sebelum dia terlantar sakit di hospital…

Tanpa berfikir panjang rashdan terus membuka surat tersebut dan membacanya… 

Buat temanku rashdan yang dikasihi but selamanya..
sudah hampir lima tahun perkenalan kita…banyak suka duka yang kita tempuhi bersama..
 saya rasa sangat bahagia mendapat teman seperti awak..saya sangat sayangkan awak…lebih dari seorang kawan…tapi saya hanya mampu memendam saja rasa hati ini dan hanya tuhan saja yang tahu…
saya tidak pernah menyesal mengenali diri awak..banyak yang saya dapat belajar selepas kenal dengan awak…awak ajar saya erti persahabatan yang xkan pernah dapat dibeli di mana2 walau berjuta pun wang yang kita perolehi…
rashdan…saya dapat rasakan yang umur saya xkan panjang…dan say amungkin akan meninggalkan awak terlebih dahulu..tapi sebelum tu saya nak bagitahu yang awak janganla risau tentang masalah yang akan menimpa awak lepas nie…saya tahu saya dah xdapat nak bantu awak lagi dah lepas nie… jadi seabab tu saya dah pun membuat simpanan untuk awak gunakan lepas nie..
saya sertakan bersama surat saya nie sebuah buku simpanan bank…atas nama awak rashdan..dah hampir lima tahun saa simpankan duit nie..awak gunakan lah sebaik mungkin…sebagai tanda kasih dan sayang saya yang terakhir untuk awak kenangkan…doakan pemergian saya dengan tenang buat selamanya…selamat tinggal sahabatku…rashdan…..

sahabat yang setia menunggumu…

Mira

Rashdan hanya mampu menitiskan air mata…mira yang pernah dikenalinya sejak lima tahun lalu sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya…

Ingtalah sesungguhnya teman yang kita tidak Nampak akan pengorbanannya itulah sebenarnya teman sejati yang akan sentiasa ada di waktu senang dan susah…bidadari harap anda semua hargailah sahabat…walaupun mereka hanya seorang wanita yang tidak Nampak pengorbananya……..

No comments:

Post a Comment